BUAT julung-julung kalinya, para pegawai Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bersama anggota keluarga mereka membantu mengagihkan bubur Ramadan dan kurma kepada lebih 500 keluarga yang menetap di kawasan Telok Blangah petang semalam.
Ia merupakan sebahagian daripada majlis iftar tahunan serta inisiatif kakitangan Muis menghidupkan kempen Sentuhan Ramadan tahun ini yang menggalak semangat rahmah di kalangan umat Islam setempat.