Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH KEBANGSAAN (COVID-19)

Kakitangan Scoot dalam misi menyelamat antara penerima Pingat Keberanian

Dec 30, 2022 | 05:30 AM



PADA awal pagi 9 Februari 2020, pramugara Scoot, Encik Jimmy Pung, tertanya-tanya mengapa pesawat itu masih kosong.



Pesawat TR5120 telah dijadualkan berlepas dari Wuhan pada tengah malam, lebih empat jam lebih awal, namun masih tiada penumpang yang tiba.



Ini adalah penerbangan kedua yang ditugaskan untuk membawa pulang lebih 170 rakyat Singapura dan keluarga mereka yang terkandas di bandar China itu, yang telah dikurung sejak 23 Januari. Misi menyelamat Scoot yang pertama pada 30 Januari telah memindahkan 92 rakyat Singapura.



"Saya dan rakan sekerja kru kabin duduk di dalam pesawat itu untuk masa yang amat lama. Terdapat ketidakpastian sama ada kami boleh berlepas dari Wuhan," kata Encik Pung, 39 tahun, dalam laporan The Straits Times.



Pada waktu itu, virus baru tersebut masih menjadi misteri, dan Covid-19 masih belum menjadi pandemik. Mereka yang dalam misi itu tidak tahu apa yang akan berlaku pada bulan-bulan mendatang, atau bahawa mereka adalah antara rakyat Singapura pertama di barisan hadapan dalam perjuangan melawan koronavirus.



Apa yang mereka tahu ialah mereka mempunyai tugas yang perlu dilakukan.



Sekitar 30 orang terlibat dalam dua penerbangan menyelamat itu, termasuk pasukan Scoot, kakitangan perubatan Raffles Medical Group dan pegawai Kementerian Ehwal Luar (MFA) yang membantu menyelaraskan usaha pemindahan.



Atas keberanian mereka pergi ke pusat wabak itu untuk memindahkan lebih 200 rakyat Singapura dan keluarga mereka, individu yang layak daripada kumpulan penyelamat tersebut telah dianugerahkan Pingat Keberanian (Covid-19).



Pingat itu adalah salah satu daripada hampir 10 anugerah negara khas yang akan diberikan kepada sekitar 9,500 orang atas sumbangan cemerlang mereka dalam perjuangan negara menentang Covid-19. Anugerah itu akan disampaikan pada tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >