Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kamera pecut baru akan diperkenal awal 2018: TP

Feb 16, 2017 | 10:16 AM



SEBUAH sistem kamera pecut baru akan diperkenal awal tahun depan (2018) di Tanah Merah Coast Road yang baru, dengan harapan "membentuk" tingkah laku pengguna jalan raya dan menjadikan mereka lebih peka akan perbuatan memecut.



Kamera Pecut Purata (ASC) itu mengira kelajuan purata kenderaan dengan menjejakinya pada radar apabila ia memasuki zon pemantauan, kata Polis Trafik (TP) pada Rabu (15 Feb).



Teknologi yang digunakan dalam ASC boleh membezakan antara lori dan kereta sedan berdasarkan pengenalan radar, dan menyatakan sama ada kenderaan itu bergerak melebihi had laju yang ditetapkan baginya atau had laju jalan raya.



Bagaimanapun, Kkomander TP, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Polis Sam Tee, berkata: "Saya ingin menekankan bahawa TP mengatur kamera penguatkuasaan kami berdasarkan penilaian risiko.



"Di mana ada kemalangan berkaitan pecut dan zon bahaya, di situlah kami akan menimbangkan (penggunaan kamera penguatkuasaan)."



ASC akan ditempatkan di Tanah Merah Coast Road kerana jalan baru itu digunakan banyak lori, trak penghantaran dan juga penunggang basikal pada hujung minggu, katanya.



Beliau berkata penempatan ASC di jalan raya lain perlu dikaji terlebih dahulu.



SAC Tee juga berkata kamera penguatkuasaan berbeza, antara kamera tetap dengan yang mudah alih, mungkin digunakan, bergantung "mana satu berkesan dalam membentuk tingkah laku pengguna jalan raya".



Pendidikan awam luas mengenai usaha penguatkuasaan kamera pecut mungkin menyumbang kepada pengurangan kemalangan berkaitan memandu dengan memecut dan pelanggaran had laju, yang dilaporkan dalam laporan tahunan TP, Trafik Situasi 2016.



Bilangan kemalangan berkaitan memandu pecut berkurangan 10.4 peratus, daripada 1,206 pada 2015 kepada 1,081 tahun lalu.



Jumlah kes pelanggaran had laju berkurangan 7.8 peratus, daripada 186,838 pada 2015 kepada 172,192 tahun lepas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >