SEBAGAI penyelia kejuruteraan syarikat bus Tower Transit Singapore, Encik Chua Muhammad Syafidi Irwan perlu memastikan penyelenggaraan bagi kesemua 300 bas berjalan dengan lancar hampir setiap hari.
Mungkin ada yang melihat jumlah bas itu sebagai banyak, tetapi menurut Encik Syafidi, adalah sesuatu yang mencabar untuk memastikan seberapa banyak bas dapat keluar beroperasi di jalan-jalan raya terutama sekali semasa waktu sibuk.