Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kanak-kanak kurang upaya sederhana hingga teruk wajib bersekolah mulai 2019

Nov 04, 2016 | 10:56 AM



MULAI 2019, kanak-kanak kurang upaya sederhana hingga teruk wajib memasuki sekolah awam, sama seperti kanak-kanak lain di Singapura.



Langkah melanjutkan penguatkuasaan Akta Pendidikan Wajib kepada golongan kanak-kanak ini akan berkuat kuasa mulai kohort darjah satu tiga tahun dari sekarang.



Dengan perubahan itu, mereka akan dikehendaki memasuki salah satu daripada 20 sekolah pendidikan khas (Sped) yang dibiayai oleh pemerintah, kecuali mereka memohon pengecualian.



Menteri Pendidikan (Sekolah) Ng Chee Meng mengumumkan dasar baru itu pada pagi Jumaat (4 Nov) di persidangan tahunan Sped.



"Ini satu peristiwa penting dalam usaha berterusan Singapura ke arah keterangkuman negara.



"Saya gembira mendengar hampir semua kanak-kanak berkeperluan khas menerima pendidikan rendah formal di sekolah yang dibiayai pemerintah, sama ada arus perdana atau Sped."



Beliau mengambil perhatian kemajuan yang dicapai dalam sektor Sped dalam bidang kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, perkembangan profesional bagi guru dan infrastruktur.



"Oleh itu, tepat masanya untuk memasukkan anak-anak kita yang memerlukan pendidikan khas dalam rangka kerja yang ditetapkan oleh Akta Pendidikan Wajib. Ini membuktikan setiap kanak-kanak penting, tanpa mengira cabaran pembelajarannya," kata Encik Ng.



Kementerian Pendidikan (MOE) telah berjanji tempat sekolah akan mencukupi bagi semua kanak-kanak Singapura.



Satu perempat - kira-kira 440 - daripada 1,770 kanak-kanak istimewa setiap kohort kini dikecualikan daripada Akta itu, menurut angka MOE.



Mereka mempunyai keperluan khas sederhana hingga teruk, seperti autisme, ketakdayaan intelek dan palsi serebrum.



Daripada jumlah itu, kira-kira 40 tidak masuk sekolah.



Baki tiga suku daripada kohort itu, yang mengalami kurang upaya ringan, termasuk keadaan seperti disleksia, memasuki sekolah rendah arus perdana.



Dr Janil Puthucheary, yang juga Menteri Negara bagi Pendidikan, akan mempengerusikan panel penasihat yang dilantik MOE untuk mengkaji pelaksanaan dasar baru itu.



Encik Ng berkata MOE sedar akan cabaran dalam melaksana pendidikan wajib untuk kanak-kanak berkeperluan khas, sambil menyatakan akan ada sekumpulan kecil kanak-kanak yang mengalami keadaan serius yang tidak membolehkan mereka bersekolah atau ibu bapa mungkin masih memilih mengajar anak-anak mereka di rumah.



"Kita perlu mengamalkan proses pengecualian bagi kumpulan ini untuk memastikan kepentingan dan kebajikan mereka terpelihara. Tetapi niat dasar keseluruhan itu adalah jelas, begitu juga azam kita memudahkan apa yang merupakan kepentingan terbaik anak-anak kita."



Hari ini, terdapat 18,000 pelajar berkeperluan pendidikan khas di sekolah arus perdana, manakala 5,500 berkeperluan sederhana dan teruk disokong oleh sekolah SPED.



Sekolah-sekolah itu disediakan pembiayaan besar oleh MOE - lebih banyak daripada sekolah arus perdana - bagi membayar kakitangan khusus dan menyediakan sokongan khas untuk pelajar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >