Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kanak-kanak Persatuan Disleksia berkelah di pekarangan Istana

Nov 18, 2017 | 05:30 AM



MENGHASILKAN kerja seni dan menyaksikan angsa berenang sambil diberi makan dalam suasana penuh kehijauan yang indah permai.



Itulah yang dilakukan 30 kanak-kanak daripada Persatuan Disleksia Singapura (DAS) semalam apabila mereka berkelah di pekarangan Istana atas undangan Presiden Halimah Yacob.



Perkelahan yang bermula pada 5 petang itu merupakan yang pertama bagi siri Picnic@Istana, inisiatif untuk menjadikan pekarangan Istana lebih terbuka kepada rakyat Singapura.



Semasa di sana, kanak-kanak itu menikmati hidangan ringan, mengambil bahagian dalam aktiviti seni dan kraf tangan, selain menyaksikan demonstrasi memberi makan kepada angsa di kawasan Istana.



DAS merupakan penerima bantuan Cabaran Presiden. Acara berkelah itu diadakan dengan kerjasama sukarelawan daripada Sekolah Seni Singapura (SOTA) dan Lembaga Taman Negara (NParks) yang membantu menjalankan aktiviti yang dianjurkan.



Puan Halimah pada acara rumah terbuka sempena Deepavali pada Oktober lalu mendedahkan bahawa rancangan beliau dan pasukannya adalah menjadikan Istana lebih terbuka kepada semua lapisan masyarakat.



Program itu memberi tumpuan kepada keluarga, belia serta golongan khusus seperti mereka yang menerima khidmat daripada badan khidmat sosial.



Sebelum ini, Istana dibuka kepada orang ramai bagi acara rumah terbuka semasa Tahun Baru Cina, Hari Buruh, Hari Raya Aidilfitri, Hari Kebangsaan dan Deepavali.



Puan Halimah menyifatkan Istana sebagai tempat bersejarah yang indah serta sebuah institusi penting yang melambangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara.



Orang ramai yang mengunjung Istana boleh mempelajari tentang bangunan itu, warisan Singapura serta sistem Presiden di negara ini, kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >