KAPAL yang terlibat dalam dua perlanggaran berasingan dan membawa maut di Selat Singapura telah dikesan dan dikenal pasti oleh rangkaian pengesan kelautan, namun ia tidak ditakrifkan sebagai menimbulkan ancaman keselamatan.
Jadi, ini bermakna kapal tersebut tidak memerlukan pemantauan rapi oleh Pasukan Bertindak Keselamatan Kelautan Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen di Parlimen semalam.