Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PROGRAM PENGEMBANGAN BAKAT PENULIS BH-NAC 'MENCARI KRISTAL'

Karyawan mapan barisi panel pengadil

Jun 11, 2016 | 05:30 AM



SERAMAI enam karyawan mapan akan membarisi panel yang akan menilai karya peserta peraduan menulis cerpen berbentuk 'thriller' yang bertemakan 'Debar Cinta'.



Kesemua mereka, berusia antara 43 dengan 68 tahun, berpengalaman luas dalam pelbagai lapangan seni, pengkaryaan dan pengembangan kesusasteraan Melayu di sini dan telah meraih pelbagai anugerah persuratan.



  • Mereka terdiri daripada:

  • Editor (Gaya Hidup, Seni & Hiburan) Berita Harian, Cik Hanim Mohd Saleh

  • Penyunting, Berita Harian, Cik Dewani Abbas

  • Sasterawan, Encik Hamed Ismail, Encik Jamal Ismail dan Encik Juffri Supa'at; dan,

  • Karyawan teater, Encik Noor Effendy Ibrahim

Peraduan cerpen merupakan sebahagian program 'Mencari Kristal' diadakan dengan kerjasama Majlis Seni Kebangsaan (NAC).



Tarikh tutup penyertaan adalah 22 Julai ini. Lungsuri http://mencarikristal.sg untuk syarat penyertaan.



Menyentuh tentang pemilihan keenamenam karyawan ini sebagai panel penilai, Editor Digital Berita Harian (BH), Encik Puad Ibrahim, berkata:



"Menjadi harapan kami untuk memastikan peraduan ini benar-benar memenuhi matlamat yang digariskan, yakni melahirkan penulis berbakat dengan mutu pengkaryaan yang baik.



"Karyawan yang terpilih terdiri daripada mereka yang benar-benar berpengalaman, berpengetahuan dan diakui membawa kelainan kepada persada kesusasteraan Melayu tanah air."



Cik Hanim, 50 tahun, merupakan pengelola ruangan Bahasa & Budaya Berita Harian dan berperanan dalam pemilihan karya sastera; sajak, cerpen dan esei untuk diterbitkan di akhbar ini.



Cik Dewani, 61 tahun, pula merintis pembentukan Kelab Coretan Remaja (KCR) pada 1994. Antara lain, ia menerbitkan karya sastera remaja di akhbar ini dan dalam bentuk buku, selain mengadakan bengkel penulisan dan pertandingan bahas.



Encik Hamed Ismail, 68 tahun, dikenali dengan penghasilan karya sastera yang mencakupi pelbagai bidang; cerpen, sajak, naskhah skrip drama televisyen, radio dan teater.



Penulis bebas untuk saluran televisyen di Singapura dan Malaysia, Encik Jamal Ismail, 64 tahun, turut mencipta nama dalam pelbagai bidang sastera seperti skrip pentas, radio, televisyen, filem, cerpen, puisi, novel dan kritikan sastera.



Seorang lagi anggota panel penilai ialah Encik Juffri Supa'at, 49 tahun, tulang belakang yang merancakkan kegiatan persuratan Melayu dengan menjadikan perpustakaan sebagai tempat menyubur sastera dan bahasa Melayu di Singapura.



Selain beliau ialah Encik Noor Effendy yang juga akan menilai cerpen yang dikirim peserta.



Karyawan teater berusia 43 tahun itu telah membuat persembahan di dalam dan luar negara termasuk di Eropah, dan pernah menerajui The Substation sebagai Pengarah Artistiknya.



Dua panel penilai akan dibentuk, dengan setiap satu dibarisi tiga karyawan.



Panel pertama akan diketuai Cik Dewani dan bersama-sama beliau ialah Encik Hamed dan Encik Juffri.



Tumpuan mereka adalah menilai dan memilih 35 karya terbaik di mana 35 penulis ini akan terpilih untuk memasuki pusingan akhir.



Pada waktu itu, peserta berpeluang mengikuti enam sesi bengkel termasuk satu klinik manuskrip.



Sewaktu tempoh bengkel dijalankan, kesemua 35 peserta diperlukan menghasilkan cerpen dengan lapan karya terbaik akan berpeluang memenangi piala dan wang tunai.




SEKILAS



Peraduan: Cerpen



Tema: Debar Cinta



Jumlah perkataan: 2,500



Tarikh tutup: 22 Julai 2016



E-mel: mencarikristal@sph.com.sg



Lungsuri laman: mencarikristal.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >