Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kastam S’pura rampas lebih 50 karton rokok haram

Oct 07, 2023 | 04:39 PM



Sebanyak 53 karton dan 15 paket rokok yang tidak dibayar cukai telah dirampas dalam satu operasi penguatkuasaan Kastam Singapura terhadap penjual dan pembeli rokok haram pada Rabu malam.

Tembakau kunyah sebanyak 3.3 kilogram turut dirampas dan akan diserahkan kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) bagi siasatan lanjut, menurut kenyataan Kastam Singapura pada Sabtu.

Susulan operasi di Tuas Avenue 1 dan Mandai Estate itu, lima warga Bangladesh berusia antara 20 dengan 37 tahun telah ditangkap kerana menjual rokok haram.

Dua lagi warga Bangladesh dikenakan denda kerana membeli rokok haram, masing-masing dikenakan denda $1,000 dan $1,300.

Secara keseluruhan, duti serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang tidak dibayar masing-masing berjumlah sekitar $5,352 dan $482.

Dalam operasi Kastam Singapura yang turut disertai Berita Minggu (BM) di Mandai Estate, salah seorang warga Bangladesh yang dikenakan denda $1,300 – yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Shahadat – berkata beliau membeli rokok haram kerana harganya lebih murah berbanding di luar.


Beliau, yang telah bekerja di sini selama sekitar 10 tahun, menyatakan beliau hanya membayar $5 bagi rokok haram berbanding lebih $10 apabila membeli dari kedai biasa.

Pekerja buruh berusia 31 tahun itu berkata:

“Ini kali ketiga saya dikenakan denda. Saya selalu beli dua paket rokok yang boleh tahan satu minggu.”

Beliau berkata beliau kerap membeli daripada penjual haram yang diberkas.

Daripada pendapatan sekitar $1,000 sebulan, beliau berkata sekitar $60 diketepikan untuk membeli rokok.

Ketua Jabatan Pembanterasan dan Pendekatan Masyarakat Kastam Singapura, Encik Chua Teck Hui, berkata:

“Kastam Singapura telah memerhatikan kegiatan penjualan rokok haram berdekatan dormitori pekerja migran.

“Sesetengah pekerja migran mungkin terdorong menjual atau membeli rokok haram untuk menjana pendapatan dengan cepat atau jimat wang tanpa menyedari sepenuhnya risiko yang terlibat.”

Dalam pada itu, Kastam Singapura berkata terdapat 6,300 pesalah rokok yang tidak dibayar cukai dan 1.36 juta paket rokok haram telah dirampas bagi enam bulan pertama 2023.

Tambahnya, adalah satu kesalahan untuk membeli, menjual, menyampaikan, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan yang tidak dibayar cukai.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda hingga 40 kali jumlah duti dan GST yang dielakkan, dipenjara hingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali.

Kenderaan yang digunakan dalam kesalahan tersebut juga boleh dirampas. – MUHAIMIN SUZAINI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >