Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kastam S'pura rampas rokok tanpa cukai nilai $162,820

Nov 26, 2020 | 05:30 AM



KASTAM Singapura telah memberkas empat lelaki berusia antara 44 dan 56 tahun atas kesalahan melibatkan rokok tidak dibayar cukai.



Mereka diberkas sewaktu operasi di Hendon Road dan Netheravon Road pada 20 November, dan operasi susulan pada hari seterusnya.



Sebanyak 1,200 karton rokok dan 11 bungkus rokok tidak dibayar cukai dirampas dengan nilai duti dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielak berjumlah sekitar $162,000.



Pegawai kastam melakukan pemeriksaan ke atas dua kereta yang didaftar di Singapura, diletakkan sepanjang Hendon Road dan Netheravon Road, dan menjumpai 1,200 karton rokok tidak dibayar cukai yang dimuatkan di tempat duduk penumpang dan but kedua-dua kereta itu.



Kedua-dua pemandu, merupakan adik beradik, ditangkap.



Seorang lelaki ketiga juga diberkas di Netheravon Road. Siasatan susulan di tempat kediaman lelaki ketiga itu telah menemui 11 bungkus rokok tidak dibayar cukai.



Menerusi siasatan, ia menunjukkan bahawa salah seorang pemandu itu, memegang jawatan pengarah syarikat penghantaran barang yang berpangkalan di Changi Airfreight Center (CAC).



Lelaki itu telah mengimport rokok tidak dibayar cukai yang secara palsu diisytihar sebagai alat tulis.



Awal hari itu, lelaki itu telah mengambil kotak yang mengandungi rokok tidak dibayar cukai itu dari terminal pengangkutan udara lalu disimpan di premis syarikatnya yang terletak di dalam CAC.



Selepas itu, dua beradik itu memasukkan rokok tersebut ke dalam kereta masing-masing.



Mereka berdua kemudian menyeludup rokok itu keluar dari CAC pada petang itu menggunakan kereta mereka.



Siasatan lanjut mendedahkan seorang lelaki keempat juga terlibat dalam penghantaran rokok yang ditemui dalam kedua-dua kereta tersebut.



Lelaki itu diberkas pada 21 November.



Dua beradik dan lelaki keempat itu telah didakwa di mahkamah.



Siasatan sedang dijalankan bagi seorang lagi lelaki itu.



Kastam Singapura berkata membeli, menjual, menyampaikan, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barang tidak dibayar cukai ialah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST.



Pesalah boleh didenda hingga 40 kali ganda jumlah duti dan GST yang dielak, dipenjara hingga enam tahun, atau kedua-duanya.



Kenderaan yang digunakan dalam melakukan kesalahan itu boleh dirampas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >