SEORANG penunggang motosikal berusia 23 tahun yang meninggal dunia dalam satu kemalangan di Ekspreswe Seletar (SLE) Ahad lalu dikenal pasti sebagai Allahyarham Faiz Salim, anak sulung dalam lima adik-beradik.
Akhbar The Straits Times (ST) melaporkan bahawa difahamkan motosikal anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NS) polis itu tergelincir dan melanggar sebuah lori di SLE, menghala ke Ekspreswe Bukit Timah (BKE), sekitar 1.30 petang.