Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kawasan rehat pekerja penghantaran di Punggol ditutup

May 31, 2021 | 05:30 AM



DUA kedai kopi di Punggol yang sekitar seminggu lalu diperuntuk sebagai kawasan rehat untuk pekerja penghantaran dan pemandu kereta privet akan berhenti menyediakan kemudahan itu agar ia tidak disalah gunakan.



Ini kerana kawasan itu boleh menjadi tempat perhimpunan orang ramai dan membawa risiko kepada masyarakat, kata Anggota Parlimen SMC Punggol West, Cik Sun Xueling, semalam.



"Saya sendiri telah ke sana beberapa kali dan melihat beberapa pekerja umum berkumpul dan kami terpaksa memperbetul keadaan," kata Cik Sun.



Beliau, yang juga merupakan Menteri Negara Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga, berkata demikian dalam satu kiriman di Facebook semalam.



Kawasan rehat di kedai kopi Blok 308C Punggol Walk dan Blok 269A Punggol Field telah ditubuhkan sekitar seminggu lalu.



Kawasan itu bertujuan menjadi tempat rehat dan makan bagi pekerja penghantaran dan pemandu kereta sewa, kata Cik Sun dalam satu pos Facebook berasingan sebelum ini.



Semalam, beliau berkata pekerja itu boleh makan di tempat terbuka seperti kolong blok dan taman, dan beliau sendiri telah melihat mereka makan bersendirian di tempat seperti itu.



"Dan (tempat-tempat) itu selamat, mempunyai pengalihan udara yang baik, jauh dari orang ramai," katanya.



Beliau juga berkata bahawa inisiatif "Pay It Forward" akan diteruskan di dua kedai kopi itu.



Inisiatif itu membolehkan penduduk untuk membayar bagi minuman bagi pekerja penghantaran dan pemandu.



Satu kotak juga telah disediakan bagi orang ramai untuk menghantar ucapan penghargaan, dan mendermakan pelitup percuma bagi kegunaan pekerja penghantaran dan pemandu ini.



Di bawah sekatan terkini Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat), orang ramai tidak dibenarkan untuk makan di restoran atau tempat-tempat makan.



Namun, lebih 50 lokasi di seluruh Singapura telah diperuntuk sebagai kawasan rehat untuk pekerja penghantaran, termasuk di kelab masyarakat (CC) dan pusat makanan dalam pusat beli-belah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >