PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) sedang bekerjasama dengan Sekolah Tinggi Matematik dan Sains NUS dan Politeknik Nanyang (NYP) bagi mereka bentuk sistem kekangan khusus bagi kereta sorong bayi di dalam bas.
"Sejurus sahaja prototaip sistem sekatan yang dicadangkan itu tersedia, LTA akan bekerjasama dengan (syarikat) pengendali pengangkutan awam dan pengguna kereta sorong bayi bagi mencubanya di bas kami," ujar LTA.