Keadaan Encik Lee Kuan Yew bertambah baik sedikit

KEADAAN kesihatan mantan perdana menteri, Encik Lee Kuan Yew, telah bertambah baik sedikit.

Beliau kekal diberi ubat sedatif dan kini dibantu mesin untuk pernafasan di Hospital Besar Singapura (SGH).

Beliau juga masih diberi antibiotik, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO)  tadi, Sabtu.

Semalam, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim dalam Facebooknya, turut menyatakan bahawa Encik Lee berada dalam keadaan stabil dan dipantau dengan teliti oleh para doktornya.

Encik Lee, yang merupakan Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar berusia 91 tahun, telah dimasukkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) pada 5 Februari lalu kerana masalah paru-baru berair yang teruk.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.