Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keadaan jerebu dijangka berterusan hingga dua hari

Sep 03, 2015 | 05:16 PM



KEADAAN berjerebu yang dialami Singapura sekarang ini dijangka berlarutan untuk tempoh satu hingga dua hari ini, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini, Khamis (3 September).


Pada 4 petang tadi, Indeks Pencemaran Udara (PSI) selama 24 jam berada dalam lingkungan sederhana antara 80 dengan 90.


Namun, mutu udara dijangka memasuki paras tidak sihat menjelang malam, lapor laman web The Straits Times.


Imej satelit menunjukkan terdapat asap jerebu sederhana hingga tebal di tengah dan selatan Sumatra yang telah merebak ke Singapura.


Untuk tempoh beberapa hari ini, titik panas dan keadaan berjerebu tidak mungkin berubah dengan banyaknya dalam keadaan cuaca yang kering, melainkan kelajuan angin meningkat.


Ketua eksekutif NEA Ronnie Tay telah menulis kepada rakan sejawatannya dari Indonesia untuk menyampaikan keprihatinan Singapura tentang keadaan tersebut.


Beliau juga mengulangi tawaran negara ini untuk membantu menangani masalah jerebu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >