Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran berlaku di Shell Pulau Bukom, tiada kecederaan dilaporkan

Dec 10, 2017 | 03:27 PM



 





SATU kebakaran berlaku di tapak perusahaan Shell di Pulau Bukom pada pagi Ahad (10 Disember), dengan asap tebal dilihat di pulau itu selama sejam.



Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, kata jurucakap Shell yang dihubungi akhbar The Straits Times. Beliau berkata kebakaran itu berlaku di salah satu unit milik Shell sekitar 10 pagi.



“Api telah dipadamkan oleh ahli bomba di kawasan itu… dan pihak berkuasa yang relevan telah diberitahu. Kami sedang menyiasat punca insiden,” kata jurucakap itu.



Saintis pertanian, Encik Matthew Carabott, 34 tahun, memberitahu ST bahawa beliau melihat asap tebal menerusi tingkap di unit kondominium tingkat 16 di Telok Blangah, sekitar 11 pagi.



“Selang lima minit melihat kebakaran itu, saya melihat pancutan air yag ditujukan ke arahnya. Pada mulanya, api terus menyala dan mengeluarkan asap hitam, tetapi sekitar 11.30 pagi, ia mula terkawal,” kata Encik Carabott yang berkata asap telah hilang selepas api dipadamkan sekitar 12 tengah hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >