Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran di Hotel Mandarin Orchard: 350 dipindahkan

Mar 16, 2016 | 02:46 PM



SEKITAR 350 orang telah dipindahkan dari Hotel Mandarin Orchard selepas satu kebakaran berlaku di sebuah dapur tingkat enam hotel tersebut malam semalam.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya telah diberitahu tentang kebakaran itu sekitar 11.40 malam.



Dua buah bomba, dua kenderaan Red Rhinos, dua ambulans dan empat kenderaan sokongan telah dikerahkan ke tempat kejadian.



Kebakaran yang melibatkan kandungan dapur itu berjaya dipadamkan menggunakan dua pancutan air dalam masa 30 minit.



Seorang lelaki berusia 69 tahun cedera dan dihantar ke Hospital Besar Singapura untuk mendapatkan rawatan, kata SCDF.



Lagi empat tamu hotel mengalami kecederaan ringan dan telah dirawat di tempat kejadian oleh paramedik.



Seorang jurucakap Mandarin Orchard memberitahu akhbar The Straits Times bahawa salah seorang pekerjanya mendapati dapur tersebut terbakar sekitar 11.30 malam.



Tetamu hotel telah dipindahkan ke *SCAPE berdekatan sebelum SCDF tiba, kata jurucakap itu.



Mereka dibawa balik ke bilik hotel masing-masing mulai sekitar 1.20 pagi. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >