SATU kebakaran di pusat kecantikan, kecergasan dan gaya hidup sihat Jean Yip Loft di Chinatown, mengakibatkan seorang mangsa dikejarkan ke hospital.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 3.10 petang kelmarin.