Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran di Terminal 2 Changi

May 16, 2017 | 07:58 PM



SATU kebakaran telah berlaku di Lapangan Terbang Changi Terminal 2 (T2), lewat petang tadi.



Polis berkata, pihaknya diberitahu tentang kebakaran tersebut di dewan keberangkatan T2 sekitar 5.43 petang.



Para pegawai polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sedang mengendalikan insiden itu, kata polis dalam akaun Facebooknya.



Seorang jurucakap Changi Airport Group (CAG) memberitahu akhbar The Straits Times bahawa amaran kecemasan api telah diaktifkan sekitar 5.40 petang selepas terdapat asap yang datang menerusi lubang udara.



Jurucakap itu berkata, orang ramai telah dipindahkan manakala Khidmat Kecemasan Lapangan Terbang Changi sedang berada di tempat kejadian.





Satu maklumat terkini CAG menerusi Facebooknya pada 6.38 petang menyatakan pihaknya telah mengenalpasti punca kebakaran, tetapi operasi penerbangan di T2 terjejas.



"Keadaan terkawal. Operasi penerbangan di T2 terjejas. Kami berharap orang ramai dapat memahami keadaan," kata kenyataan itu.



Akhbar The Straits Times difahamkan semua penerbangan lepas dari T2 dihentikan sejak 5.40 petang, tetapi dijangka dipulihkan malam ini.



Pesawat yang mendarat pula telah dialihkan ke terminal lain, tetapi terdapat kelewatan kerana waktu lewat petang yang sibuk.



SCDF dalam memberi maklumat terkini menerusi Facebooknya sekitar 7.04 malam berkata kebakaran kecil telah dipadamkan.



Singapore Airlines (SIA) dalam Facebooknya sekitar 7.50 malam pula menyatakan semua penerbangan SIA yang berlepas dan mendarat di T2 akan dilewatkan sehingga notis lanjut akibat kebakaran tersebut. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >