Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran di Tuas View Circuit dipadamkan selepas 4 jam

Feb 23, 2017 | 08:32 AM



KEBAKARAN besar yang berlaku di sebuah kilang pengurusan sisa di Tuas pada pagi Khamis (Feb 23) telah dipadamkan selepas empat jam.

Tiada orang cedera dalam kebakaran itu, menurut Singapura Pasukan Pertahanan Awam (SCDF).



Seorang anggota bomba telah dihantar ke Hospital Besar Ng Teng Fong kerana keletihan.

Punca kebakaran masih disiasat.



Semasa kebakaran memuncak sekitar 6 pagi, beberapa letupan boleh didengar sedang anggota bomba berjuang memadamkan kebakaran yang melibatkan sisa kimia dan bahan-bahan mudah terbakar di 23 Tuas View Circuit.



SCDF berkata kebakaran itu melibatkan sisa kimia dan bahan-bahan mudah terbakar dan telah menasihati orang ramai supaya menjauhi kawasan itu.



Ia memaklumkan orang ramai mengenai kebakaran itu di Facebook pada 7.18 pagi.



 



Ia menambah bahawa pelanggan StarHub dekat kawasan yang berhampiran seharusnya menerima mesej tentang kebakaran itu yang menggesa orang ramai supaya menjauhkan diri daripada kawasan itu.



Semasa kebakaran itu, kepulan besar asap dilihat naik ke udara dan dirakam pada video yang disiarkan melalui media sosial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >