Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran flat di Kitchener Road, tujuh dibawa ke hospital

Feb 09, 2023 | 05:30 AM



SERAMAI tujuh orang telah dibawa ke hospital selepas satu kebakaran berlaku di sebuah flat di Kitchener Road pagi semalam.



Siasatan awal mendapati kebakaran itu kemungkinan berpunca daripada sebuah basikal menggunakan kuasa (PAB) yang sedang dicas di bilik ruang tamu flat itu, kata seorang jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) kepada The Straits Times (ST).



Jurucakap itu berkata SCDF menerima panggilan terhadap kebakaran yang berlaku di sebuah unit di tingkat 13, Blok 2, Kitchener Road sekitar 11 pagi.



Apabila pegawai tiba di tempat kejadian, seramai 80 orang telah meninggalkan blok itu.



Pegawai telah membantu lagi tujuh penduduk keluar dari unit terjejas itu serta unit jiran.



Enam individu telah dibawa ke Hospital Besar Singapura, manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Raffles, kata jurucakap SCDF itu lagi.



Apabila ST tiba di tempat kejadian sekitar 11 pagi, penduduk terjejas telah berkumpul di lantai pertama blok itu sementara ahli bomba menangani kebakaran itu.



Api dipadamkan dengan menggunakan jet air, lapor ST.



Seorang penduduk, suri rumah Cik Noor Jahan ketika ditemui berkata beliau berada di rumah bersama anak perempuannya dan cucu lelakinya berusia empat tahun apabila kebakaran berlaku di unit jirannya



"Jiran saya, yang sedang menangis memberitahu saya ada api (di rumahnya), jadi saya cepat-cepat menarik cucu saya, mengunci pintu dan turun ke bawah bersama anak perempuan saya," katanya berusia 58 tahun.



Beliau menambah, kebakaran itu membuatnya sukar untuk bernafas.



Seorang lagi penduduk bernama Cik Habi Aman, yang tinggal bersama ibunya berusia 84 tahun, baru sahaja keluar dari bas apabila terlihat penduduk sedang memerhatikan asap hitam dan tebal dari sebuah unit di tingkat 13.



"Saya ingat flat yang terjejas itu adalah rumah ibu saya. Jadi saya bergegas naik tangga 12 tingkat hingga saya hilang nafas," kata eksekutif perkhidmatan pelanggan berusia 61 tahun itu.



Mujur beliau berjaya dapat membantu ibunya meninggalkan rumah itu dengan bantuan oleh polis selepas polis memberi arahan untuk beredar dari blok itu.



Cik Denise Phua, Anggota Parlimen bagi GRC Jalan Besar turut hadir di kejiranan itu untuk melihat para penduduk yang terjejas.



Beliau mengagihkan beberapa botol air dan makanan kepada mereka.



Berdiri di atas sebuah kerusi plastik, Cik Phua memberitahu penduduk menerusi mikrofon, pada sekitar 12.30 tengah hari, keadaan kebakaran itu sudah dikawal.



Beliau menambah auditorium Balai Rakyat Jalan Besar tersedia bagi penduduk yang perlukan tempat untuk berteduh.



Makan siang juga disediakan.




"Jiran saya, yang sedang menangis memberitahu saya ada api (di rumahnya), jadi saya cepat-cepat menarik cucu saya, mengunci pintu dan turun ke bawah bersama anak perempuan saya,"



- Penduduk Kitchener Road, Cik Noor Jahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >