KEBAKARAN besar yang berlaku di sebuah tapak pengurusan sisa industri di Tuas dipadamkan pagi semalam setelah anggota bomba melawan api tersebut selama enam jam.
Api membaham kawasan sebesar saiz padang bola sepak, dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah mengerahkan 34 kenderaan kecemasan dan 130 ahli bomba untuk memadamkan kebakaran tersebut.