Kebakaran tempatan mungkin punca bau terbakar, jerebu: NEA

KEBAKARAN tumbuh-tumbuhan tempatan dan penumpuan angin di atas Singapura mungkin menyumbang kepada bau terbakar yang dikesan di beberapa bahagian di negara ini pada Selasa (29 Mac), kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Walaupun kegiatan titik panas di rantau ini kini rendah, terdapat peningkatan dalam bilangan titik panas di rantau utara Asean, yang sedang mengalami musim kering tradisional, ujar NEA dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu.

Faktor-faktor ini boleh menyebabkan peningkatan kepekatan jirim zarahan seperti habuk di atmosfera.

Ini membawa kepada bau terbakar dan mutu udara merosot sedikit di beberapa tempat di Singapura pada Selasa malam dan awal pagi Rabu, kata NEA.

Pada 1 petang Rabu, Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) 24 jam berada dalam julat sederhana 68-82. Mutu udara dalam tempoh 24 jam akan datang dijangka kekal dalam julat itu, kata NEA.

Ramalan cuaca menunjukkan udara dan panas dijangka sepanjang hari, dengan angin lazim bertiup dari timur laut.

Maklumat terkini boleh didapatkan di laman mikro jerebu NEA, Facebook dan Twitter NEA atau muat turun aplikasi myENV.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.