BAHANG tekanan semakin terasa bagi ibu bapa yang sibuk mempersiap anak mereka menduduki ujian kemasukan ke madrasah yang bakal berlangsung pada 9 April.
Antara mereka ialah suri rumah sepenuh masa, Cik Haizah Mohamed Said, 34 tahun, yang berasa sangat risau kerana hari ujian bakal menjelang dalam masa kurang sebulan.