Kebun Bunga pentas kegiatan budaya Melayu

LENGKAP dengan pakaian tradisi Melayu dan bersenjatakan keris, sekumpulan belia kelihatan 'bertarung' di hadapan ratusan pengunjung di Kebun Bunga Singapura.

Pertarungan itu bukan satu perkelahian tetapi sebenarnya satu pertunjukan budaya dipersembahkan kumpulan Ikatan Pusaka Temasek.

Lazimnya, kumpulan itu mengadakan persembahan di balai rakyat atau auditorium kejiranan, namun kumpulan seni itu juga memilih Kebun Bunga Singapura sebagai pusat kegiatannya.

Di sebalik kehijauan Kebun Bunga Singapura, dan di hadapan ratusan pengunjung, kumpulan seramai 30 anggota itu telah mengadakan persembahan silat dan muzik tradisional.

Ketua IPT, Encik Jamaludin Malik, berkata pihaknya memilih Kebun Bunga Singapura kerana ingin mendekati lapisan penonton yang lebih luas.

Kumpulan itu ditubuhkan di bawah naungan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Hwi Yoh pada November 2012.

Menteri Negara (Pembangunan Negara), Dr Mohd Maliki Osman, sebelum ini menyatakan taman di Singapura telah berkembang menjadi sesuatu yang lebih daripada sekadar kawasan hijau dan kini memenuhi keperluan riadah setiap lapisan rakyat Singapura.

Ikuti laporan lanjut di BH esok.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.