EMPAT tahun lalu, Encik Mohamed Noh Iskandar digelar Pendatang Baru Cemerlang atas sumbangannya sebagai anggota baru Jawatankuasa Eksekutif Belia (YEC), di bawah Pergerakan Belia Persatuan Rakyat (PAYM).
Usaha berterusan anak muda itu berbakti kepada masyarakat diiktiraf sekali lagi apabila beliau menerima Anugerah Belia Perseorangan (Kepujian) oleh PAYM dalam satu majlis di Orchid Country Club semalam.