BIARPUN meluahkan kekecewaan atas langkah pemutus litar yang diperketat, pemilik perniagaan dari rumah memandang hal ini secara serius dan tetap mematuhi undang-undang walaupun akur ini menjejas perniagaan mereka.
Ada yang terpaksa membayar balik duit pelanggan, dan ada juga yang berhenti daripada mengambil tempahan, menurut beberapa peniaga rumah yang dihubungi Berita Harian (BH).