Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kecil-kecil dah bantu tangkap pencuri

May 01, 2018 | 05:30 AM



NOR Efiqah Mohd Hamzah, 11 tahun, sedang beratur untuk membuat bayaran bagi minuman yang dibelinya di sebuah kedai berhampiran rumahnya di Jalan Bukit Merah apabila dia melihat pelanggan di hadapannya berkelakuan mencurigakan.



Kelakuan pelanggan itu, seorang lelaki dewasa yang tidak diketahui usianya, membuat Efiqah rasa tidak sedap hati.



Perasaannya itu ternyata tepat.



Lelaki tersebut tiba-tiba memasukkan beberapa keping coklat ke dalam poketnya.



Murid Sekolah Rendah Zhangde itu, semasa ditemui Berita Harian semalam berkata dia agak 'takut' pada mulanya untuk melaporkan kecurian itu.



Namun akhirnya dia berjaya mengatasi perasaan tersebut dan terus memberitahu pemilik kedai itu setelah lelaki tersebut beredar.



"Dia (pemilik kedai) dapat kejar dan tangkap lelaki yang mencuri itu, sebelum telefon polis," cerita Efiqah.



Hasil keberaniannya itu, Efiqah menerima Anugerah Semangat Awam daripada Timbalan Penolong Pesuruhjaya Polis Arthur Law, yang juga Komander Divisyen Central dalam satu majlis di Pusat Polis Kejiranan (NPC) Bukit Merah East baru-baru ini.



Efiqah merupakan antara penerima termuda anugerah itu.



Anugerah Semangat Awam mengiktiraf mereka yang menyelamatkan orang atau harta benda awam.



Keberanian Efiqah itu telah turut dikongsi oleh guru besarnya di sekolah baru-baru ini.



Menurut Efiqah, dia memang bercita-cita mahu menjadi seorang anggota polis dan kejadian tersebut semakin membakar semangatnya mengejar cita-citanya itu.



Menceritakan lebih lanjut, Efiqah yang tinggal bersama neneknya, Cik Radiah Awang, 50 tahun, berkata semasa kejadian tersebut, dia teringat akan pesan neneknya itu.



"Nenek selalu pesan agar berbuat baik dan kalau ada orang perlu bantuan, kita mesti bantu.



"Kalau nampak orang mencuri, lekas-lekas laporkan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >