Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedai makan baru dilarang di 3 kawasan dek masalah letak kereta

Jun 07, 2016 | 09:21 AM



KEDAI makan baru kini dilarang dibuka di tiga tempat: Thomson Village dekat Upper Thomson Road; Daerah Bersejarah Little India; dan sebuah kawasan dekat Bedok Road, termasuk rumah kedai sepanjang Jalan Pari Burong.

Langkah itu berkuat kuasa pada 30 Mei dan diambil Lembaga Pembangunan Semula Bandar (URA) bersama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) "bagi menangani kebimbangan penduduk di sana mengenai lalu lintas dan perbuatan letak kenderaan sembarangan disebabkan kedai makanan sedia ada di kawasan itu".

Ini dek perbuatan meletak kereta secara haram oleh pelanggan kedai makan dan aduan penduduk di kawasan berhampiran mengenai pelanggan meletak kereta di depan pintu pagar rumah mereka dan menghalang kereta mereka.

Di Thomson Village, kawasan terjejas oleh langkah itu ialah rumah kedai di Jalan Todak, Soo Chow Walk, Sin Ming Road dan Shunfu Road, serta Upper Thomson Road.

Bagi Daerah Bersejarah Little India, ia termasuk bahagian sepanjang Serangoon Road, Jalan Besar dan Kitchener Road.

Terdapat kira-kira 30 kedai makan di rumah kedai di Thomson Village, kira-kira 12 di kawasan Bedok, itu dan hampir 50 di Daerah Bersejarah Little India.

Badan profesional mewakili arkitek, jurutera dan ejen hartanah telah diminta mengemas kini anggota mereka mengenai perkara itu dalam surat pekeliling yang dikeluarkan oleh URA.

Di bawah peraturan itu, kedai makan sedia ada boleh meneruskan perniagaan mereka jika tidak ada aduan.

Perniagaan makanan baru boleh memasuki kawasan itu hanya jika ia mengambil alih ruang daripada sebuah unit lain yang diluluskan untuk digunakan sebagai kedai makan, kata URA.

Langkah sedemikian dimulakan pada 2002 dengan lapan kawasan. Ia memberi tumpuan pada rumah kedai dengan kedai makan yang kekurangan tempat letak kereta.

Sejak itu, ada kawasan perumahan baru dimasukkan ke dalam senarai tersebut, manakala yang lain dikeluarkan apabila keadaan bertambah baik.

Dengan tambahan terbaru itu, kini terdapat 21 kawasan terjejas dalam senarai tersebut, termasuk sebahagian Balestier Road, Kampong Bahru Road, Greenwood Avenue dan Serangoon Garden Way.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >