SEKITAR tujuh tahun lalu, beliau gemar membeli pistol mainan hanya untuk mengubahnya mengikut daya kreativiti sendiri.
Kini, Encik James Quek, 40 tahun, memiliki kedai A.I.M. (Assault. Infiltrate. Mission.) Spec yang menjual beg, pakaian dan peralatan taktikal atau yang bergaya tentera kerana beliau terdorong oleh minat mengubah suai pistol mainan.