Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedutaan UAE taja program fonik untuk tadika Jamiyah

Jan 15, 2018 | 05:30 AM



KANAK-kanak Tadika Jamiyah bakal meraih manfaat daripada program fonik yang dimulakan tahun ini yang dibiayai dana dermaan Kedutaan Amiriah Arab Bersatu (UAE) kepada Singapura.



Dalam acara yang diadakan di ibu pejabat Jamiyah Jumaat lalu, tetamu terhormat acara tersebut, Duta Amiriah Arab Bersatu (UAE) H.E Dr Mohamed Omar A. Balfaqeeh telah menyerahkan buku-buku bacaan fonik tersebut kepada seramai 160 kanak-kanak dan pihak Jamiyah.



Buku-buku fonik tersebut akan membantu guru-guru Tadika Jamiyah dalam mengajar sebutan dan ejaan perkataan secara lancar.



Ini bertujuan untuk menekankan pentingnya dan juga manfaat bacaan fonik terhadap kanak-kanak.



Turut hadir semasa acara itu adalah Setiausaha Utama dan Ketua Kewangan dan Pentadbiran di kedutaan itu Encik Mohamed Salem Al Falahi, Presiden Jamiyah Singapura, Profesor (Adj) Dr Mohd Hasbi Abu Bakar serta tiga Timbalan Presiden Jamiyah, Dr H M Saleem, Encik Yunos Shariff dan Dr Isa Hassan.



Semasa dihubungi Berita Harian, pengetua Tadika Jamiyah Cik Yasotha @ Nurul Syaahidah berkata bahawa beliau gembira bahawa kanak-kanak tadika tersebut kini boleh memanfaatkan program bacaan fonik itu.



"Bacaan fonik merupakan aspek penting pendidikan awal dan seharusnya dilalui semua kanak-kanak.



"Memang proses mempelajari cara-cara untuk menggabungkan huruf dan membentuk perkataan mengambil masa yang agak lama, untuk itu amat penting mereka mula di peringkat awal kerana apabila mereka meningkat ke sekolah rendah, agak sukar untuk pelajarinya dari mula," ujarnya yang telah berkhidmat sebagai pengetua Tadika Jamiyah sejak November tahun lepas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >