Kegemilangan Sari sempena Jubli Emas Singapura

SEKUMPULAN wanita meraikan Jubli Emas Singapura secara bergaya dengan mengambil gambar mereka berpakaian sari di 50 lokasi ikonik sekitar pulau.

Idea bagi projek Singapura '50 Sari Shades' telah dicetus oleh Cik Ruby Shekhar berusia 52 tahun yang berasal dari India tetapi telah tinggal di sini selama hampir dua dekad dan kini sudah menjadi warga negara Singapura.

Pemilik dua pusat pengayaankanak-kanak itu memulakan kumpulan 'Demure Drapes' di Facebook tahun lepas untuk berkongsi minatnya dengan sari dan gambar-gambar rakan-rakannya dalam pakaian tradisional India itu.

Cik Shekhar berkata, sari populariti sari semakin meningkat di India kerana tafsiran moden oleh pereka pakaian dan pelakon Bollywood yang sering memakainya di acara-acara gala.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 59
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.