Kegiatan Bulan Bahasa di estet perumahan

LEBIH banyak program dan kegiatan Bulan Bahasa tahun ini akan diadakan di estet perumahan, seperti di Tampines dan Taman Jurong, demi menjangkau lebih ramai orang.

Mendedahkan demikian di sidang media Bulan Bahasa 2014 di Muzium Peranakan di Armenian Street tadi, Pengerusi Bulan Bahasa 2014, Encik Zaqy Mohamad, berkata kempen Bulan Bahasa tahun ini ingin memperluaskan jangkauannya dari segi skala serta bilangan rakan kongsi dan peserta.

Encik Zaqy berkata, ini merupakan kali pertama pihaknya mengadakan acara utama di estet perumahan, berbanding tahun-tahun lalu yang diadakan kawasan tengah Singapura.

"Saya harap kita dapat terus membawa acara Bulan Bahasa yang lebih gah ke estet perumahan juga," kata Encik Zaqy, juga Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang.

Bulan Bahasa 2014 bertemakan 'Bahasa: Ilmu, Budaya, Mesra' akan dilancarkan di Muzium Tamadun Asia (ACM) pada 6 September nanti.

Ia menjanjikan pelbagai kegiatan berkaitan bahasa serta budaya Melayu di serata Singapura sepanjang beberapa minggu.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.