Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kegiatan disesuaikan agar murid seronok belajar bahasa Melayu

Ketua pendidik prasekolah dapati apabila murid nikmati proses pembelajaran dari kecil, mereka akan lebih cenderung terus belajar, kuasai bahasa
Mar 16, 2023 | 05:30 AM



SETIAP kegiatan dalam bilik darjah harus dirancang dengan teliti dan disesuaikan bagi memastikan murid-murid menikmati proses pembelajaran bahasa Melayu, kata Cik Sudina Surani, 44 tahun, ketua pendidik prasekolah dan guru Bahasa Melayu.



Beliau, yang mengajar di Prasekolah Yayasan Masyarakat PAP (PCF) Sparkletots di Ang Mo Kio-Hougang, menambah bahawa apabila para murid menikmati proses pembelajaran dari kecil, mereka akan lebih cenderung terus belajar dan menguasai bahasa itu.



Bercakap dengan Berita Harian (BH), Cik Sudina berkongsi bagaimana beliau meneliti aktiviti-aktiviti di bilik darjahnya dapat menemui objektif bagi menyemaikan rasa cinta para murid kepada budaya dan bahasa Melayu.



"Murid-murid kami seringkali datang dari pelbagai latar belakang dan kebanyakan mereka seringkali lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris. Hanya segelintir sahaja yang selesa bertutur dalam bahasa Melayu.



"Oleh itu, ia amat penting bagi saya untuk memastikan mereka mempunyai minat untuk mempelajari bahasa Melayu dan meningkatkan penguasaan mereka melalui pelbagai aktiviti yang menarik supaya mereka lebih mengenali budaya dan juga bahasa Melayu," ujar beliau yang sering menggunakan artifak-artifak Melayu seperti tudung saji dan kain batik dalam kelasnya.



Cik Sudina, yang telah mengajar selama 13 tahun, menambah bahawa bagi kanak-kanak kecil, mereka lebih gemar belajar jika mereka dapat berinteraksi dan berkongsi mengenai pengalaman mereka bersama kawan-kawan dan guru mereka.



Di antara aktiviti yang sering dilakukan di dalam kelasnya termasuk memberikan para murid peluang untuk bermain dan meneroka pelbagai bahan yang digunakan dalam kelasnya untuk menggalakkan mereka menanyakan soalan dan memberikan respons mereka.



"Para murid seringkali gemar mempelajari bahasa melalui lagu-lagu dan penggunaan alat muzik tradisional seperti kompang dan angklung.



"Ramai daripada mereka juga gemar mendengar cerita-cerita dari buku terutama apabila adanya ciri-ciri kejutan serta gambar-gambar menarik yang mereka boleh kaitkan dengan pengalaman harian mereka sendiri," kata beliau yang mempunyai lima anak.



Ketika BH melawat kelasnya, Cik Sudina sedang mengadakan aktiviti membaca buku Apakah di dalam Kotak Merah Itu? yang menceritakan bagaimana Pengasas Perdana Menteri, Encik Lee Kuan Yew, menulis harapannya di atas sekeping kertas dan memasukkannya di dalam kotak merahnya yang dibawa ke mana sahaja beliau pergi.



Para murid kemudiannya melukis dan berkongsi mengenai harapan mereka untuk Singapura sebelum memasukkannya ke dalam kotak merah yang telah mereka buat bersama ibu bapa di rumah.



Bagi Muhammad Akid Rizqy Muhammad Azahar, 6 tahun, dia berkongsi bahawa dia amat suka mendengar cerita yang dibacakan oleh Cikgu Sudina.



"Cerita ini mendorong saya untuk mempunyai impian bekerjasama dengan rakan-rakan saya untuk membuat dunia ini tempat yang lebih baik," katanya yang melukiskan tanaman-tanaman hijau sebagai impiannya untuk Singapura.



Bagi Bella Safiya Muhammad Rafi, 6 tahun pula, dia menyatakan bahawa dia amat gemar untuk mempelajari Bahasa Melayu melalui cerita-cerita yang diceritakan oleh cikgunya.



"Saya suka sekali babak di mana Encik Lee Kuan Yew membuka kotak merahnya untuk menunjukkan impiannya," katanya yang berkongsi dia ingin menjadi seorang guru apabila sudah dewasa.



Untuk menggalakkan lebih ramai kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka, satu karnival dwibahasa yang bertema Seronok Berdwibahasa akan dianjurkan oleh SPH Media pada 8 April ini.



Karnival yang akan berlangsung di One Punggol itu disokong oleh Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew (LKYFB) dan bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa dan anak-anak mereka menguasai bahasa ibunda melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.




'SERONOK BERDWIBAHASA' DI KARNIVAL DWIBAHASA



Bila: 8 April 2023



Masa: 9.30 pagi hingga 4 petang



Tempat: One Punggol, Celebration Square



Sorotan acara:



- 10 pagi: Pelancaran Karnival, Tetamu Terhormat,



Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat



- 10.30 pagi & 2.30 petang: Persembahan oleh murid-murid PCF



- 2 petang: Persembahan 'Apakah Dalam Kotak Merah Itu'



- 3 petang: Perbincangan Panel: 'Menggalakkan Penggunaan Bahasa Ibunda di Rumah' bersama ahli panel termasuk Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman



- Pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak seperti coding, meneroka alam semula jadi, budaya Singapura, seni & kraf. Sertai aktiviti untuk mendapatkan hadiah!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >