Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kegiatan orientasi tak senonoh: NUS hukum pelajar terlibat

Sep 22, 2016 | 02:07 PM



TINDAKAN telah diambil terhadap sekurang-kurangnya 14 mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) kerana peranan mereka dalam kegiatan orientasi tidak sesuai Julai lalu.



Sumber berkata, hukuman dalam bentuk amaran tanpa direkod kepada perkhidmatan masyarakat mandatori. Tempoh khidmat masyarakat itu tidak diketahui, lapor akhbar dalam talian The Straits Times pada Khamis (22 Sep).



Difahamkan para pelajar itu terlibat dalam penganjuran atau memudahkan kem orientasi bagi Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan kesatuan pelajar.



Mereka difahamkan boleh membuat rayuan terhadap keputusan itu.



Ketika dihubungi, NUS enggan mengulas lanjut. Jurucakapnya memberitahu akhbar itu: "Bagi melindungi keadilan prosiding dan privasi semua pihak, perkara disiplin pelajar adalah soal dalaman bagi NUS."



Pada Julai, akhbar The New Paper melaporkan tentang permainan orientasi bersifat agak tidak senonoh, termasuk simulasi rogol.



Semua kegiatan orientasi digantung pada 29 Julai, sebelum dibenarkan secara beransur-ansur mulai 8 Ogos.



Menurut sumber, siasatan universiti itu ke atas kegiatan orientasi termasuk kira-kira 160 pemimpin kumpulan kem orientasi dan kaunselor kem pelajar dipanggil ke sesi siasatan.



Para pelajar itu diberi taklimat mengenai peri perlu integriti dan diberitahu apa yang mereka katakan akan digunakan sebagai keterangan dalam siasatan.



Mereka diberi soal selidik yang bertanya mengenai permainan berunsur seks, apakah ada pelajar yang melakukan sesuatu untuk menghentikannya, dan siapa mengetuai kegiatan itu.



Kakitangan kemudian meneliti soal selidik itu bersama setiap pelajar secara individu.



Sebuah Lembaga Disiplin dibentuk pada awal September. Sekurang-kurangnya 14 pelajar - termasuk pemimpin kem orientasi, pemimpin kumpulan orientasi dan kaunselor kem pelajar - hadir di depan panel terdiri daripada ahli fakulti dan wakil pelajar itu.



Wakil pelajar hadir untuk memberikan perspektif pelajar mengenai kes tersebut. Difahamkan mereka bukan daripada Kesatuan Pelajar NUS (Nussu), yang tidak duduk dalam panel itu kerana konflik kepentingan memandangkan kem Nussu antara yang disiasat.



Universiti itu mendapati para pelajar itu bersalah kerana salah laku, termasuk menggunakan barang tidak dibenarkan semasa kegiatan orientasi, mengambil minuman keras di luar premis dan kegiatan yang ditetapkan NUS, dan memberi maklumat palsu semasa siasatan.



Bantuan daripada kumpulan pro-bono fakulti undang-undang NUS, yang dimulakan oleh pelajar, ditawarkan kepada mahasiswa itu. Ini bagi membantu mereka memahami istilah undang-undang yang digunakan dalam proses tatatertib.



Menurut akhbar itu, mahasiswa yang ditemu bual berkata hukuman yang dijatuhkan adil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >