Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kegiatan sukan air di Kolam Air Marina boleh diteruskan: PUB

Nov 29, 2016 | 12:13 PM



BINATANG yang dilihat di Kolam Air Marina besar kemungkinan adalah biawak, tetapi ia tidak kelihatan lagi, kata agensi air negara PUB dalam satu kenyataan pada pagi Selasa (29 Nov).



Ia menambah bahawa kegiatan sukan air di kawasan takungan itu boleh disambung semula.



Persatuan Bot Naga Singapura, Pusat Sukan Air di Hab Sukan Singapura dan Persatuan Rakyat (PA) menggantung kegiatan sukan air di kawasan takungan itu selepas laporan seekor binatang "menyerupai buaya" diterima oleh PUB Sabtu (26 Nov) lalu.



Kawasan takungan itu terdiri daripada Kallang Basin, Marina Bay dan Marina Channel.



PUB telah memaklumkan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan dan pengendali sukan air supaya meneruskan perniagaan seperti biasa.



Ia akan terus memeriksa dan membuat rondaan di kawasan tersebut bagi mencari binatang itu.



Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendekati haiwan itu jika menemuinya.



Mereka boleh melaporkannya kepada PUB dengan menelefon 1800-2255-782.



PUB menetapkan buat sementara bahawa binatang itu ialah biawak selepas memeriksa dengan Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA), Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Berkaitan Haiwan (Acres) dan Singapore Zoo.



Ia juga berunding dengan Universiti Nasional Singapra (NUS) apabila laporan binatang itu dilihat pertama kali didedahkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >