Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keindahan alam penghias wajah baru T2 Changi

Nov 01, 2023 | 05:35 PM



Ciri-ciri baru Terminal (T2) Lapangan Terbang Changi, hasil kerja-kerja perluasan selama tiga setengah tahun, diilhamkan oleh alam semula jadi dan dilengkapi dengan pengalaman digital yang mengasyikkan, teknologi inovatif dan tawaran komersial yang menarik.

Terdapat taman baru dipanggil ‘Dreamscape’ yang menggabungkan penggunaan kandungan digital dan pemeliharaan tumbuhan dan ikan.

Terletak di kawasan transit selepas imigresen, taman itu berlatarkan siling langit digital yang meniru keadaan cuaca di persekitaran lapangan terbang dalam masa nyata.

Langit digital itu bertukar warna bergantung pada masa hari, malah akan menunjukkan hujan atau ribut petir jika cuaca sedemikian di daerah lapangan terbang.

Menurut pengurusan lapangan terbang, Changi Airport Group (CAG), data cuaca itu diambil daripada Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS).

CAG juga berkata taman itu mempunyai lebih daripada 20,000 tumbuhan yang dipilih daripada 100 spesies, dengan beberapa daripada mereka tidak biasa ditemui di Singapura.

Selain itu, taman tersebut mempunyai kolam ikan yang dilengkapi dengan platform lutsinar di mana pengunjung boleh berjalan di atasnya dan melihat air di bawahnya.

Pengunjung juga boleh mendengar lebih 100 rakaman audio bunyi-bunyian burung, serangga dan haiwan lain di taman itu, yang dirakam secara tempatan di Pulau Ubin.

CAG bekerjasama dengan studio hiburan multimedia, Moment Factory, untuk menghasilkan rakaman tersebut.

Pengarah Program dan Naib Presiden Eksekutif CAG, Encik Tan Lye Teck, berkata syarikatnya membayangkan T2 baru menjadi terminal moden yang diilhamkan oleh alam semula jadi.

“Berpandukan tema alam semula jadi, kami berusaha untuk mengubah titik sentuhan utama dalam terminal ini.

“Daripada reka bentuk siling kepada dinding yang meniru bentuk muka bumi semula jadi, daripada reka bentuk permaidani kepada pilihan kelengkapan dan jenis tumbuhan, kami berusaha untuk membawa alam semula jadi ke dalam terminal ini,” jelas Encik Tan.

Selain taman ‘Dreamscape’, T2 juga menampilkan paparan air terjun digital baru setinggi 14 meter dan selebar 17 meter dipanggil ‘The Wonderfall’ yang terletak di dewan pelepasan.

Menurut CAG, pertunjukan muzikal selama empat minit dengan muzik asli yang digubah oleh pemain piano Canada, Encik Jean-Michel Blais, akan ditayangkan pada paparan itu setiap setengah jam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >