Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kejadian tembakan dekat Pusat Pemeriksaan Tuas

Oct 28, 2015 | 03:38 PM



SATU kejadian tembakan berlaku di jambatan Linkedua berhampiran Pusat Pemeriksaan Tuas, pada 11.45 malam tadi.


Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) dalam kenyataannya hari ini berkata, seorang anggota polis bantuan (APO) telah melepaskan dua das tembakan ke arah sebuah kereta berhampiran Sempadan Antarabangsa (IB) sebelum pusat pemeriksaan Tuas.


"Pegawai ICA memerhatikan empat kenderaan telah berhenti berdekatan IB di Linkedua menghala ke Singapura.


"Dua APO telah dikerahkan untuk memeriksa kenderaan tersebut. Sedang para pegawai menghampiri kenderaan itu, dua daripadanya tiba-tiba membuat pusingan U dan mengarah ke Malaysia.


"Dua lagi kenderaan pada mulanya menuruti arahan pegawai tersebut untuk mengarah ke Pusat Pemeriksaan Tuas, tetapi salah satu kenderaan itu tiba-tiba mengundur dan membelakangi aliran trafik, dan mengarah ke pegawai yang berjalan.


"Salah seorang APO melepaskan dua das tembakan ke arah kenderaan itu, tetapi kenderaan tersebut meneruskan perjalanannya ke arah Malaysia. Pemandu bagi kenderaan yang menuruti arahan, telah ditahan di Pusat Pemeriksaan Tuas," kata ICA dalam kenyataannya.


Siasatan awal mendapati orang-orang dalam keempat-empat kenderaan itu terlibat dalam penyeludupan rokok ke Malaysia.


"Semasa kejadian, keadaan trafik di Pusat Pemeriksaan Tuas tidak sesak. Tiada kecederaan dilaporkan. Polis sedang meneruskan siasatan.


"Keselamatan di sempatan kita dan di pusat pemeriksaan adalah keutamaan utama bagi ICA," kata ICA lagi. ICA memandang serius setiap kegiatan yang melanggar keselamatan atau mengancam keselamatan sempadan kita.


"Setiap pemandu dan pengunjung diingatkan agar mematuhi arahan para pegawai kami dan APO," ujar ICA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >