Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kejadian tembakan Orlando: DPM Teo, menteri Singapura ucapkan takziah

Jun 13, 2016 | 09:35 AM



TIMBALAN Perdana Menteri Singapura, Encik Teo Chee Hean, menulis di laman Facebook bahawa beliau "berasa sedih di atas kehilangan banyak nyawa tidak bersalah" dalam kejadian menembak pada Ahad (12 Jun) di sebuah kelab malam di Orlando, Florida di Amerika Syarikat.



Beliau juga mengecam "kecederaan ke atas lebih banyak lagi orang" dalam kejadian itu, di mana seorang lelaki bersenjata membunuh 50 dan mencederakan 53.



"Ingatan kami bersama orang-orang yang telah kehilangan orang tersayang, dan kepada orang-orang yang mengalami trauma tembakan itu," tambah Encik Teo.



Beliau berkata Kementerian Ehwal Luar (MFA), sedang memeriksa keselamatan rakyat Singapura yang sekarang berada di Florida.



Beliau juga menggesa warga Singapura supaya "menghargai keamanan dan keharmonian yang kita nikmati di Singapura" dan menasihatkan warga Singapura supaya tidak "membenarkan mereka yang mempunyai motif jahat memecahbelahkan kita atau mewujudkan konflik".



Dalam post Facebook beliau pada Isnin (13 Jun) pagi pula, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, menulis: "Ia berterusan berlaku. Kegilaan ini tidak akan berhenti. Kita melihat, dan bertanya bila dan di mana pengganasan itu akan menyerang seterusnya."



Encik Shanmugam berkata Singapura perlu bersedia untuk respon "tegas dan cepat" jika pengganasan berlaku di sini.



Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan dalam pos Facebook beliau menyifatkan kejadian itu sebagai "tidak masuk akal dan menyedihkan".



"Takziah mendalam dan doa buat mangsa dan keluarga mereka," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >