Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kejar impian 10 tahun buka gerai makanan sendiri; tutup kedai dalam sebulan

Nov 09, 2023 | 11:10 AM



Sejak bekerja di Singapura lebih sedekad lalu dalam bidang makanan dan minuman (F&B), Cik Aisyah Lim dari Medan, Indonesia mempunyai impian membuka kedai makanan tersendiri di sini.

Impian itu terkabul pada awal Oktober apabila beliau, 31 tahun, yang telah bernikah dengan orang tempatan, membuka sebuah gerai di Pusat Makanan Teban Gardens bernama Fiery Flame, yang menghidangkan sajian dari tanah airnya seperti nasi ayam ‘ungkep’ - sejenis nasi ayam goreng perap dari Jawa.

Tetapi impian itu, yang telah beliau dambakan selama 10 tahun tidak berkekalan lama.







Gerai Cik Aisyah, yang dimiliki atas nama suaminya itu di Teban Gardens, tutup lebih kurang dalam jangka masa sebulan selepas dibuka atas sebab kos melebihi pendapatan.

Meskipun perisitiwa itu menghampakan beliau, ibu dua anak itu tetap berpandang positif.

Mengongsi kisah ini, Cik Aisyah telah memuat naik satu video di TikTok untuk mengongsi cabaran yang dilaluinya sebagai pengajaran kepada orang ramai.

Dalam video yang ditonton lebih 10,000 kali itu, beliau memuat naik satu catatan dalam huruf besar: “KAMI GAGAL.”

“Ini hari terakhir perniagaan kami. Bukan senang untuk katakan ini tetapi kami redha dan terima hakikat ini.”

“Tapi, kami akan kembali dengan lebih teguh daripada dulu, insya-Allah,” tegas beliau.







Apabila ditanya Berita Harian (BH) menerusi WhatsApp baru-baru ini atas mengapa beliau mengongsi kisah itu dalam media sosial, Cik Aisyah berkata:


“Setiap kali saya menonton semula video itu, asyik-asyik rasa macam nak menangis sahaja.”

“Perniagaan kami dapat perhatian menerusi media sosial, dan sebab itu kami mahu tamatkannya di media sosial juga,” tambah beliau.

Cik Aisyah yang menguruskan gerainya seorang diri berkata beliau memberanikan diri memuat naik pos itu kerana ingin orang ramai tahu bahawa impian tidak tercapai dalam sehari sahaja.

Malah ia memerlukan kerja keras dan keberanian untuk menghadapi kegagalan dan kemudian membangkit semula, ujarnya.

“Tiada apa-apa yang mustahil, kalau ada impian, kami harus berusaha untuk menjadikannya satu kenyataan.

“Inilah mesej yang kami mahu orang ramai tahu, kami akan bangkit lagi,” kata Cik Aisyah lagi.




@aisyahxlim

“WE FAILED” Our last day of business 😭 Not easy to say this, but we redha and accept it. We will come back in business again stronger and ever, InshaaAllah. We signing off for now only🙇🏻‍♀️ #fypviral #localbusiness #viral #fypシ゚viral #fypsg #fypsingaporeviral #supportlocal #homebasedbusiness #istiqomah #halalfood #singaporefoodie #foodsingapore #keepmoving #fyp #fyp #halalsingapore #motivation #blessed

♬ Komang - Raim Laode



Bercerita, sebab utama perniagaan beliau susut adalah lokasinya yang tidak mendapat sambutan yang begitu baik.

Lantaran itu, kos bagi mengendali urusan seharian di gerai termasuk sewa dan bahan, melebihi pendapatannya, kata Cik Aisyah yang enggan mendedahkan perangkaan perinci perbelanjaannya.

Beliau hanya memberitahu, beliau telah berbelanja ribuan dolar untuk membuka gerai itu dan pada hari terakhir perniagaannya pada 26 Oktober, beliau hanya meraih pendapatan sebanyak $23.

Cik Aisyah juga berkata, beliau berpendapat harga yang ditetapkan pada makanannya agak murah, sekitar $5.50 bagi setiap pinggan nasi ayam, dan mungkin satu sebab yang menjejas kadar untungnya.

“Saya kira sebab utama yang menyebabkan perniagaan kami merosot ialah sewa dan lokasinya. Harga bahan pula adalah faktor ketiga sebab kami pun meletakkan harga yang agak berpatutan sekitar $5.50 bagi set nasi dengan dua keping ayam,” katanya.







Cik Aisyah berkata gerai itu adalah sumber tambahan pendapatannya sementara suaminya bekerja sebagai pegawai keselamatan.

“Kami mempunyai harapan besar terhadap gerai itu pada mulanya, tetapi nampaknya ia tidak berjaya sebagai mana kami rancangkan,” kongsinya lagi.

Bagaimana pun ramai pengguna di TikTok yang menonton video tersebut memberi galakan kepadanya agar jangan berputus asa.

Pengguna bernama Giftconfectionary berkata:

“Tak mengapa sis, jatuh tujuh kali, bangkit lapan kali. Jangan putus asa ok? Bismillah!”


Cik Aisyah juga berkata, beliau akan mengalihkan tumpuan kepada meneruskan perniagaannya menerusi kaedah perniagaan dari rumah atau HBB, sementara merancang tindakan lanjut untuk membuka kedai lagi.

“Untuk berjaya, ia akan mengambil masa, buka dalam satu malam,” akur Cik Aisyah.

“Kami harus kerja keras dan dengan konsisten dan bersabar.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >