Kejohanan renang dunia dibatalkan akibat jerebu

KEJOHANAN Dunia Renang Fina di Singapura menjadi mangsa jerebu selepas pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung di OCBC Aquatic Centre dibatalkan.

Pihak penganjur sebelum ini telah menyatakan bahawa kejohanan tersebut akan dibatalkan sekiranya Indeks Piawai Pencemaran (PSI) tiga jam melebihi paras 200 sebelum bermula setiap sesi.

Pada 4 petang, PSI bagi tempoh tiga jam berada di paras 190, naik daripada 172 pada 3 petang - paras tinggi tidak sihat.

Menyedari akan trend yang meningkat itu pihak penganjur memutuskan untuk membatalkan acara tersebut.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 57
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.