Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kejujuran asas demokrasi, kata Ong Ye Kung tentang laporan COP

Cop
Feb 12, 2022 | 07:24 PM



ANGGOTA Parlimen dan parti yang mereka wakili mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk memastikan kewibawaan dan kejujuran kekal sebagai asas demokrasi di Singapura, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Bercakap di luar acara masyarakat pada Sabtu (12 Feb), Encik Ong berkata suara dan idea yang berbeza, serta perbahasan yang kukuh tentang pentadbiran negara adalah baik.



Tetapi perbahasan itu tidak harus berdasarkan pembohongan dan kepalsuan, tambahnya.



“Apa gunanya kuat berdebat tetapi ia mengandungi pembohongan dan kepalsuan, dan pemimpin parti tidak membetulkan kepalsuan dan membuat janji kosong. Itu tidak menjaga kepentingan rakyat kita.



"Ia bukan jenis demokrasi yang kita mahu miliki," kata Encik Ong, yang menghadiri satu majlis menandakan kemajuan membina Kampus Woodlands Health, satu kemudahan penjagaan kesihatan dengan kapasiti 1,800 katil, yang dijangka dibuka menjelang akhir tahun depan.



Encik Ong berkata demikian untuk merujuk kepada komen di media sosial dan daripada Parti Pekerja (WP) bahawa demokrasi di sini telah terjejas akibat dapatan dan cadangan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP), yang telah menyiasat pembohongan mantan AP WP, Cik Raeesah Khan, di Parlimen.



Khamis lalu (10 Feb), COP mengeluarkan laporan yang mengesyorkan denda $35,000 untuk Cik Raeesah, mantan AP GRC Sengkang.



Ia juga menyarankan agar setiausaha agung WP dan ketua pembangkang, Encik Pritam Singh, dan naib pengerusi WP Faisal Manap, dirujuk kepada pendakwa raya untuk siasatan lanjut bagi mempertimbangkan sama ada prosiding jenayah perlu dimulakan.



Pada Jumaat (12 Feb), Encik Pritam menyiarkan di laman Facebook WP bahawa terdapat kemungkinan beliau dan Encik Faisal kehilangan kerusi parlimen mereka dan meletakkan jawatan sebagai AP jika salah seorang daripada mereka didenda $2,000 atau lebih.



Encik Ong berkata tindakan merujuk kes kepada pendakwa raya adalah perkara yang sewajarnya dilakukan.



"Sekiranya isu itu dibawa ke perbicaraan, Pritam dan Faisal boleh mengemukakan bukti dan membersihkan nama mereka. Isu bilangan AP PAP (Parti Tindakan Rakyat) yang melebihi (bilangan AP pembangkang) tidak timbul di mahkamah," tambahnya.



"Jika tiada kesalahan dilakukan, tiada rasa takut bahawa Ketua Pembangkang akan kehilangan kerusinya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >