Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kek gergasi terangi sambutan Hari Kebangsaan ke-49

Jul 17, 2014 | 08:23 PM



SEBUAH kek gergasi akan menerangi kawasan Marina Bay dalam sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.


Selain dari kebiasaan acara kemuncak, iaitu pancuran bunga apa selama empat minit, pihak penganjur juga telah mereka bentuk kek palsu berukuran 60 meter kali 70 meter.


Tidak kurang daripada 400 batang suar (flares) juga akan dinyalakan di atas baj yang akan berada sekitar 200 meter dari platform terapung semasa Lagu Kebangsaan dimainkan.


"Kami ingin melakukan sesuatu yang istimewa untuk negara," kata pengerusi jawatankuasa bunga api Encik Cheong Heng Wan.


"Bunga api selalunya dikaitkan dengan pertunjukan udara tetapi kami mahukan sesuatu yang berlainan dan juga menyalakan kawasan sekitaran Marina Bay dengan kek hari jadi dari bahagian bawah."


Perarakan Hari Kebangsaan Singapura ke-49 akan diadakan untuk kali terakhirnya di platform terapung dengan latar-belakang kawasan Pusat Perniagaan Singapura (CBD).


Plaform itu telah menjadi tapak sementara perarakan Hari Kebangsaan sejak 2007, kecuali pada 2010 apabila ia diadakan di Padang, sementara Stadium Negara yang baru sedang dibina.


Persediaan untuk persembahan bunga api bermula pada September tahun lalu.


Pasukan bunga api ini terdiri daripada 50 sukarelawan dan anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >