Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kekal waspada di tengah-tengah ancaman baru

Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, telah menyampaikan ucapan di sesi berbuka puasa menyusuli seminar suku tahunan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) pada 11 April lalu di Masjid Khadijah. Berikut ucapan beliau yang bertemakan 'Kekal berwaspada sebagai sebuah masyarakat di tengah-tengah ancaman baru.
Apr 13, 2022 | 05:30 AM



SELAIN menangani Covid-19, kita kini juga berdepan dengan dunia yang lebih bermasalah dan tidak menentu.



Konflik di Ukraine merupakan isu eksistensial bagi negara-negara kecil seperti Singapura.



Tindakan Russia telah melanggar Piagam PBB yang melarang tindakan kasar terhadap sebuah negara berdaulat.



Kami memandang serius terhadap sebarang pelanggaran prinsip-prinsip teras ini, tidak kira bila dan di mana ia berlaku.



Inilah sebabnya Singapura mengutuk keras serangan Russia ke atas Ukraine.



Pada tahun 1983, Singapura juga mengundi tidak menyokong pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Grenada di Perhimpunan Agung PBB (UNGA).



Dari 1979 hingga 1989, Singapura, bersama negara-negara Asean, juga mengundi menentang pencerobohan Kemboja di Perhimpunan Agung PBB 11 kali.



Di Timur Tengah, Singapura telah mengekalkan sokongannya yang berprinsip terhadap huraian 'dua negara', dengan Israel dan Palestin hidup bersama dalam keadaan aman dan selamat.



Singapura, baru-baru ini mengumumkan hasrat untuk membuka Pejabat Perwakilan di Ramallah untuk menyelaraskan bantuan kita kepada Pihak Berkuasa Palestin.



Kami telah menggesa kededua pihak Israel dan Palestin untuk berunding secara langsung berdasarkan huraian "dua negara".



Kami percaya bahawa penyelesaian konflik secara aman adalah satu-satunya cara untuk mencapai penyelesaian yang bertahan, adil dan menyeluruh demi keamanan dan keselamatan, sama ada di Timur Tengah, rantau kita, mahupun serata dunia.



ANCAMAN KEGANASAN YANG KIAN BERKEMBANG



Landskap keganasan global kini terus berkembang.



Singapura menentang ekstremisme ganas dan keganasan dalam apa jua bentuk, sama ada ISIS mahupun kumpulan ketuanan kulit putih.



Penggunaan media sosial yang meningkat di kalangan mereka telah menyumbang kepada peningkatan kes radikalisasi secara sendiri di dunia.



Singapura tidak terlepas daripada ancaman ini.



Masih lagi terdapat individu yang menjadi radikal secara sendiri, termasuk wanita dan belia, yang telah dipengaruhi ideologi ekstremis ganas dalam talian.



USAHA-USAHA RRG



Saya mengucapkan terima kasih kepada RRG atas dedikasi anda menentang radikalisasi dan ekstremisme.



Kita baru sahaja memperingati 20 tahun penangkapan Jemaah Islamiyah (JI) di Singapura.



Peristiwa tersebut mengajar kita bahawa kita tidak boleh bergantung hanya kepada agensi-agensi keselamatan untuk menentang keganasan dan ekstremisme.



Sebaliknya, kita perlukan seluruh masyarakat untuk sentiasa berwaspada dan bekerjasama.



Saya berbesar hati dengan usaha masyarakat dan badan-badan seperti RRG, MUIS, Pergas dan ACG yang telah tampil untuk membantu menangani ancaman ekstremisme menyusuli operasi melumpuhkan rangkaian JI di Singapura.



RRG telah bekerjasama dengan pemerintah untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan dan mengintegrasi semula para tahanan JI, termasuk memberi kaunseling agama kepada para tahanan tersebut bagi memperbetulkan fahaman radikal mereka.



Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada RRG atas usaha mereka mendekati masyarakat selama ini, walaupun semasa pandemik Covid-19.



RRG terus aktif mendekati warga Singapura, termasuk golongan belia serta pekerja migran, melalui platform dalam talian seperti Zoom.



Usaha sedemikian penting bagi membina daya tahan masyarakat Singapura terhadap ancaman ekstremisme.



RCC DAN SOKONGAN DARIPADA MASYARAKAT SINGAPURA



Singapura terus berdepan dengan ancaman daripada kumpulan-kumpulan pengganas di rantau ini seperti JI yang sedang membina semula keupayaan mereka.



Kerja-kerja RRG kini menjadi lebih penting.



Sepanjang dua dekad yang lalu, RRG telah mencapai kemajuan besar dalam usaha kaunseling agama serta usaha mendekati masyarakat.



Saya gembira kerana kerja-kerja pembangunan semula Masjid Khadijah dan RRG sedang berjalan lancar. Ini sememangnya satu pencapaian yang sangat penting bagi Masjid Khadijah dan RRG.



Saya juga berbesar hati kerana RRG telah mendapat sokongan padu daripada masyarakat Singapura.



Penyampaian cek kepada dana pembangunan semula Masjid Khadijah dan RRG hari ini adalah bukti kerja keras yang dilakukan oleh Masjid Khadijah dan RRG dalam menentang ekstremisme ganas di Singapura.



Dengan sekitaran luar yang bergolak dan landskap ancaman yang berubah-ubah, RRG akan terus berdepan dengan pelbagai cabaran.



Namun, dengan sokongan daripada pemerintah dan masyarakat setempat saya yakin RRG akan terus memainkan peranan penting dalam menangani ekstremisme ganas di Singapura.




SINGAPURA KEKAL SOKONGAN YANG BERPRINSIP



“Konflik di Ukraine merupakan isu eksistensial bagi negara-negara kecil seperti Singapura.  Tindakan Russia telah melanggar Piagam PBB  yang melarang tindakan kasar terhadap sebuah  negara berdaulat. Kami memandang serius  terhadap sebarang pelanggaran prinsip-prinsip  teras ini, tidak kira bila dan di mana ia berlaku.  Inilah sebabnya Singapura mengutuk keras  serangan Russia ke atas Ukraine. Pada tahun  1983, Singapura juga mengundi tidak  menyokong pencerobohan Amerika Syarikat ke  atas Grenada di Perhimpunan Agung PBB  (UNGA). Dari 1979 hingga 1989, Singapura,  bersama negara-negara Asean, juga mengundi  menentang pencerobohan Kemboja di  Perhimpunan Agung PBB 11 kali.”
– Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.



PENDIRIAN SINGAPURA DI TIMUR TENGAH



“Di Timur Tengah, Singapura telah mengekalkan sokongannya yang berprinsip  terhadap huraian “dua negara”, dengan Israel  dan Palestin hidup bersama dalam keadaan  aman dan selamat. Singapura, baru-baru ini  mengumumkan hasrat untuk membuka Pejabat  Perwakilan di Ramallah untuk menyelaraskan  bantuan kita kepada Pihak Berkuasa Palestin.  Kami telah menggesa kededua pihak Israel dan  Palestin untuk berunding secara langsung  berdasarkan huraian ‘dua negara’. Kami  percaya bahawa penyelesaian konflik secara  aman adalah satu-satunya cara untuk mencapai  penyelesaian yang bertahan, adil dan  menyeluruh demi keamanan dan keselamatan,  sama ada di Timur Tengah, rantau kita,  mahupun serata dunia.”
– Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >