PENUMPANG terjejas akibat kelewatan sepanjang bahagian menghala ke barat Laluan Timur-Barat semasa waktu sibuk pagi pada Selasa (7 Feb).
Pengendali SMRT menulis tweet pertama pada 8.12 pagi untuk memberi amaran mengenai tambahan 15 minit masa perjalanan dari stesen Jurong East ke stesen Joo Koon.
Ini kemudian disemak semula kepada 25 minit.
SMRT berkata kelewatan itu disebabkan kerja landasan yang sedang berjalan berhampiran stesen Joo Koon.
Beberapa penumpang mengadu di media sosial mereka terkandas dalam kereta api.