Kelewatan terus dialami di Laluan Circle pada pagi Rabu

KELEWATAN terus dialami di Laluan Circle pada waktu sibuk pagi Rabu (31 Ogos), hari ketiga perkhidmatan terjejas disebabkan masalah pengisyaratan yang dilaporkan pada Isnin.

Pengendali kereta api SMRT tweet sejak petang Selasa bahawa penumpang boleh menjangka perjalanan lebih lama di Laluan Circle. Ia juga memberi amaran brek sekejap-sekejap boleh berlaku dan penumpang harus memegang selusur demi keselamatan mereka.

SMRT berkata masalah itu disebabkan kerosakan pengisyaratan melibatkan komunikasi tanpa wayar antara kereta api dan landasan.

Ia menghantar tweet pada 6.47 pagi Rabu, memberi amaran kepada penumpang supaya menjangka masa tambahan perjalanan tiga hingga lima minit.

Pada 8.40 pagi, ia menghantar tweet bahawa masa tambahan perjalanan ialah 10 minit.

Kemudian, pada 9.41 pagi, SMRT berkata penumpang juga boleh menjangka masa menunggu tambahan di stesen.

Waktu Solat

Subuh
5:53
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
3 HR PSI: 50
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,011.080 +2.860