Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelompok denggi baru muncul di Bedok

May 24, 2018 | 03:13 PM



SEBUAH kelompok denggi yang aktif telah muncul di Bedok, dengan 55 kes dilaporkan sehingga semalam (23 Mei), menurut laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Sebanyak lapan daripada kes ini dilaporkan dalam tempoh dua minggu lalu.



Kesemua individu yang melaporkan mereka mengalami demam denggi itu merupakan penduduk di kawasan itu kecuali seorang pesakit yang bekerja di sana, kata NEA hari ini.



Menurut akhbar The Straits Times, tiada kematian dilaporkan daripada kelompok di Bedok itu sejauh ini.



Ini merupakan kelompok denggi kedua yang disifatkan sebagai kawasan risiko tinggi di laman web NEA selepas Jurong West.



Seramai tiga orang yang tinggal di kelompok denggi di Jurong West itu telah meninggal dunia akibat demam denggi sejauh ini.



Dengan kelompok baru di Bedok itu, NEA berkata mereka akan menjalankan lebih banyak lawatan ke rumah penduduk bagi mengingatkan mereka untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap demam denggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >