Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelonggaran diberi satu kali jika lupa gunakan kupon letak kenderaan baru

Dec 08, 2016 | 09:15 AM



PEMANDU yang terlupa untuk menggunakan kupon letak kenderaan baru dan sebaliknya mempamerkan yang lama, yang lebih murah, akan diberi kelonggaran.



Pihak berkuasa akan memberi pesalah notis nasihat - bukan saman - untuk mengingatkan mereka.



Namun, kelonggaran itu akan diberi hanya sekali.



Kadar bayaran letak kenderaan awam baru bermula bulan ini (Dis), dan usaha saat-saat akhir membeli kupon baru membuat bekalan kehabisan di banyak kedai minyak.



Kupon lama - misalnya yang berharga 50 sen untuk letak kenderaan setengah jam, berbanding kadar baru 60 sen - kini tidak sah dan tidak boleh digunakan.



Apabila ditanya tentang kekurangan kupon baru, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Lembaga Pembangunan Semula Bandar (URA) berkata mereka memberi fleksibiliti dalam tempoh awal ini, tetapi tidak mengatakan berapa lama ini akan dilakukan.



"Bagaimanapun, kami menasihatkan pemandu supaya mempamer kupon letak kenderaan baru selepas menerima notis nasihat itu supaya mereka tidak dikenakan notis kesalahan letak kenderaan kemudiannya," ujar dua agensi itu.



Sejak pertengahan Oktober, pemandu boleh menukar kupon letak kenderaan lama dengan yang baru di cawangan/pusat perkhidmatan HDB dan Pusat URA dengan menokok perbezaannya.



Kupon baru juga boleh dibeli di tempat-tempat itu, kedai minyak, serta kedai Cheers dan 7-Eleven.



Bagaimanapun, dua agensi itu berkata jumlah jualan meningkat dengan ketara hanya pada minggu lalu, membawa kepada kehabisan bekalan di beberapa tempat buat sementara waktu.



HDB berkata buat sementara ini ia mengenakan had bilangan buku kupon letak kenderaan yang boleh diberi setiap pelanggan di cawangan HDB, tetapi ia tidak mengatakan berapa.



Kedai minyak juga menetapkan had. Di Caltex dan Esso, pelanggan boleh menukar hanya sehingga $100 nilai kupon lama untuk yang baru.



Buku kupon berharga daripada $12 sebuah, dengan kadar paling popular ialah 60 sen (20 kupon setiap buku) dan $1.20 (10 kupon setiap buku).



Di 7-Eleven di kedai minyak Shell, setiap pelanggan boleh menukar hanya 30 keping kupon pada satu-satu masa.



Bagaimanapun, tiada had bagi membeli kupon baru.



7-Eleven juga berkata pertukaran hanya boleh dilakukan dari 10 pagi hingga 5 petang setiap hari, kecuali pada malam cuti umum dan cuti umum.



Pemandu boleh menukar kupon lama dengan yang baru dengan menokok perbezaannya di 131 kedai minyak hingga 31 Jan.



Tiada tarikh akhir untuk menukar atau mendapatkan bayaran balik bagi kupon lama di 23 cawangan HDB, kecuali cawangan Tampines, dan Pusat URA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >