Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga dakwa permohonan flat ditolak: HDB beri respons

Oct 29, 2014 | 07:27 PM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah memberi respons kepada pos di Facebook oleh seorang pemohon yang mendakwa permintaan keluarnya untuk membeli flat sejak lima tahun lalu telah berkali-kali ditolak tanpa sebarang sebab.


Pemohon flat itu, yang menggunakan nama Rose Devilrose, berkata dalam catatan Facebook pada 15 Ogos laly bahawa HDB menganggap keluarganya tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk membeli flat.


Beliau juga mendakwa keluarganya kini tidak mempunyai tempat berteduh dan berkata mereka "tidak akan meninggalkan HDB Hub hari ini sehingga kami menerima jawapan (surat) dalam tangan bagi flat itu dari pihak berkuasa". Pos itu, yang tersebar secara meluas di Internet, juga mempunyai foto mereka di HDB Hub.


Dalam responsnya yang dimuat naik ke portal HDB Speaks pada 28 Oktober lalu, HDB menjelaskan keluarga tersebut tidak membuat permohonan rasmi bagi membeli flat. Permohonan yang dimaksudkan berhubung pinjaman rumah.


"HDB tidak pernah menolak permohonan pinjaman rumah keluarga itu tanpa memberikan penjelasan. Dalam koresponden dan interaksi kami bersama 'Rose' dan keluarnya, pegawai HDB telah meminta dokumen sebagai bukti kedudukan kewanga mereka, sesuatu yang rutin bagi setiap permohonan bagi pinjaman," kata HDB, sambil menambah keluarga tersebut tidak pernah memberikan dokumen yang diperlukan meskipun telah berjanji untuk berbuat demikian.


Menyentuh ancaman keluarga itu untuk kekal di HDB Hub, HDB berkata pegawai keselamatan telah mendapatkan bantuan polis apabila salah seorang anggota keluarga menunjukkan sikap ganas, dan bukan kerana keluarga itu enggan meninggalkan kawasan HDB Hub.


Ia menambah, pegawainya telah mengadakan satu lagi pertemuan dengan keluarga tersebut pada 16 Oktober untuk membincangkan masalah mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >