TANGGAPAN masyarakat terhadap keluarga tiri perlu diubah, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Maznah Masop.
"Keluarga tiri bukan keluarga kelas kedua. Seperti keluarga lain, keluarga tiri sebahagian daripada masyarakat dan memerlukan sokongan," ujar beliau dalam satu wawancara bersama Berita Harian.